02 Mac, 2015

Wedding Angah


Alhamdulillah selesai suadah majlis perkahwinan angah dan pasangan. Segalanya berjalan lancar juga terkawal. Going smooth and perfect. Aku dilantik menjadi orang penting untuk memastikan semua lancar...haha. Actually takde yang penting sangat pun..tolong-tolong salam tetamu, sambut tetamu dan senyum2 pd tetamu, tu jekk...heheh. Menjadi salah seorang ahli keluarga ini memang best. Rasa dihargai ^_^ berbesar hati dapat membantu serba sedikit untuk buat persiapan wedding angah. 

Siapa tahu majlis perkahwinan angah telah membawa kepada satu pertemuan keluarga yang telah berbelas tahun berpisah dan terpisah. Aku tak sangka akhirnya dapat bertemu dengan dengan ayah. Insan yang banyak memberi dia penderitaan, kesusahan dan insan ini juga telah membawa pergi bahagia yang pernah along miliki. Bagi along, ia agak janggal untuk menerima kembali keluarga itu apatah lagi ingin beramah mesra. Malah makin menambah sakit hati dan dendam..huhu. Pertemuan itu mungkin telah membawa luka pada along tapi tiada siapa tahu. mungkin aku juga tidak tahu. Dari riak wajahnya, dia terpaksa dalam rela. Bersabarlah sayang.

Mungkin ada hikmahnya pertemuan ini. Aku berharap agar hubungan ini dapat pulih semula. Walaupun sudah terlambat. Arwah mama telah pergi hampir 3 tahun. Dalam diam rupanya angah menjemput keluarga ayah untuk bertemu dengan along. Dah tentu along tak boleh elak..huhu. Akhirnya aku yang jadi mangsa berlari ke sana ke mari temankan along mengelakkan diri dari ayah. Keliling dewan aku pusing dan cari along..hahahaha..

Selepas maghrib semua urusan dewan pun selesai. Lega. Penat. Tapi seronok meraikan pengantin dan keluarga. Mama ayah datang. Abah and acik pun datang dengan anak2 abah. And the last but not least ayah dan mak uda pun datang. Drama sungguh. Semoga along kuat, tabah dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berubah satu hari nanti. Yang penting aku nak along bahagia dengan cinta hatinya. Along pernah cakap cinta hatinya telah menggantikan tempat mama setelah mama pergi untuk selamanya. Crying! 

18 September, 2013

Menanti lewat malam

Hai Mr Night..! aku masih kat sini. I'm still waiting for my dear's sms from London. Hati bimbang. Sepatutnya dah sampai ni. Dari tadi aku tahan ngatuk ni. Sambil-sambil buat assignment dan discuss dengan coursmate melalui laman sosial and whatsapp gituuu..haihh..!! 0_0 Sekarang ni da lebih dr waktu tidur aku. Nanti bila aku dah tertidur baru muncul berita dr dia. Nampaknya hp aku kena setting jam baru pulak lepas ni. Waktu London...huhu. Tak pelah lambat ke cepat, janji selamat sampai ^_^ cant wait for tomorrow..heeeee~

^M.O.O.N^

16 September, 2013

Pesanan Ringkas si dia

Semalam...

Bangun pagi terus capai hp disebelah bantal. Mesti ada mesej dari dia..hehe. "Saya jadi pegi esok. Doakan saya ye. Selamat malam ucuukk"...katanya. Errkk...jadi pegi juga rupanya..huhu. So...termenung sekejap fikir-fikir betul ke nak pegi? Kenapa tetiba rasa berat je hati ni bila dia kata nak pergi. haihh..keadaan kita sekarang ni pun da cukup jauh kot antara dua benua. Ini nak pergi lagi jauh. Masa ni lah rasa berat hati. Padahal masa die bagitau perancangan untuk ke UK semalam aku redha je. Malah memberi sokongan. Wahhh!! tak sangka semalam bagitau, esok dah nak berangkat. Dia memang suka merantau. Tak melekat kat Malaysia..huhu. Yang sebenarnya aku takut kalau dia makin jauh, dia akan lupakan aku..huuuuu~~ Tak pelah..redha je.  InsyaALLAH ada hikmah. Aku doakan yang baik-baik je untuk dia semoga ALLAH melindungi perjalanan dia sebagai musafir. I'm waiting for you to come home dear. ^M.O.O.N^





Esok..


08 September, 2013

Important Tomorrow~

Selamat menempuh hari yang paling penting dalam hidup ye Fiffy. Saya selalu doakan awak. Semoga awak berjaya. Usaha sungguh-sungguh. This is your future. Ini juga adalah impian awak dan harapan mama kan..?! jadi, jangan putus asa okey. hehe... Ketenangan adalah kemenangan yang pertama..! chaiyok2!! always pray for you dear. Love.

16 Februari, 2013

Kita dari bumi yang sama

Sedarlah wahai manusia andai hidup banyak termakan budi janganlah kau lupa diri. Mendabik dada atas kejayaan kau hari ini. Apa yang kau perolehi itu atas dasar cinta dan kasih. Kesusahan kau tidak pernah aku pertikai. Tidak pernah aku menghina kemiskinan kau. Malahan dengan rendah hati aku berkongsi segalanya bersama. Baju sekolah aku, aku bagi pada kau. Buku sekolah juga begitu. Pergi mengaji bersama, dikejar anjing dalam perjalanan juga bersama. Lari lintang pukang berbaju kurung sambil memeluk Al-Quran. Lariiiiii...hahah..lucu. Aku tidak pernah merasa geli atau jijik bermalam dirumah kau yang berlubang. Bawah rumah belakang rumah ade air longkang busuk. Bilik air diluar rumah tidak berbumbung. Entah kenapa kami selesa bermain-main dirumah kau. Apa yang aku makan, kau makan. Untung meniaga warung mama aku beri pada keluarga kau setiap hari. Kita membesar bersama mengharungi alam remaja yang sangat indah. Lari dari rumah aku, pergi rumah kau. Kau merajuk lari rumah aku. Nasib baik rumah kita dekat. 

Ukhuwah kita semakin erat. Masa pantas berlalu. Kita semakin dewasa. Masing-masing mengenal erti kehidupan sebenar. Seorang demi seorang antara kita melanjutkan pelajaran meninggalkan kampung halaman. Bergosip di kejauhan melalui facebook, sms dan panggilan telefon. Rindu. Begitulah seterusnya hingga ke alam pekerjaan. Kita membina kerjaya dan masa depan bersama. Hidup keluarga kau semakin baik. kakak abang termasuk kau penjawat awam. Ada yang dah menetap di Putrajaya. Lega kerana korang hidup senang sekarang. Ekonomi keluarga stabil. Kau pula bertuah kerana bertemu jodoh awal dari kami. Mendengar cerita cinta kau yang bermula bagai anjing dengan kucing. Akhirnya bersatu jua. Kami menemani kau..menanti hari bahagia tu. Khatam Quran bersama di dewan persandingan. Menanti berita gembira kau bakal menjadi ibu. Saat kau ingin melahirkan, aku bergegas ke hospital. Menemani kau hingga tiba waktu kau masuk ke bilik pembedahan. Alhamdulillah..baby perempuan. Kerana terlalu sayangkan baby tu, aku decide untuk menjaga sendiri baby tu apabila kau kembali bertugas. Kelahirannya membawa bahagia kepada semua orang termasuk keluarga aku. Tersenyum. 

Tapi tidak disangka-sangka bahagia itu cuma sekejap saja. Aku tidak tahu dimana silapnya dan apa puncanya kau dan adik beradik kau menghina mama aku dengan panggilan 'si lahanat dan upamakan seperti anjing'. Kamu semua memang hilang akal. Adik beradik kau yang membesar dan bersekolah dengan duit mama aku mengishtiharkan perang. Yang kau hina itu mama aku. Yang kau maki itu mak cik kau. Jika kau berada ditempat yang benar, datanglah jumpa mama aku. Tak perlu menghina di muka buku. Ya! aku tau kenapa kau buat macam tu. Kerana ingin satu dunia tahu betapa hinanya mama aku. Tapi sedarkah kau bahawa kau sudah tersilap langkah. Dalam diam keluarga besar kita mengutuk perbuatan keluarga kau. Mesti kau tak sangka mereka berada disebelah kami kan?! sepupu kita, anak saudara kita, mak cik kita semua ada muka buku. Mereka membaca dan menilai. Terserlah kebodohanmu di situ. Kau menuduh aku menjadi punca walhal aku tak tau apa yang berlaku. Kau adik beradik meroyan di muka buku.

Tak perlu bercakap panjang. Sekarang kau dah tau natijahnya kan?? kerana kami tidak bersalah. Kasihan. Kau dan keluarga kau hidup dengan rasa bersalah. Tapi tak pula meminta maaf. Malah kau masih menyimpan harapan agar mama aku datang melutut meminta maaf pada kau?! gila! Bukan ke sepatutnya yang muda datang kepada yang tua meminta maaf. Apa yang kau fikirkan sebenarnya..haha. Abang dan akak ipar kau datang pada keluarga aku meminta maaf sesungguhnya dan menyesal dengan apa yang berlaku. Tapi sayang, hati mama aku sudah berdarah. Keluarga aku sukar untuk memaafkan tindakan korang. Untuk melupakannya apatah lagi. Aku dan adik beradik aku tidak berbunyi langsung dan tidak juga membalas kata-kata kesat korang pada kami. Kami masih waras dan itulah yang membezakan kita.

Kini mak kau selalu mengatakan rasa kekok memakai pakaian murah. Tidak biasa memakai barangan harga puluhan ringgit. Seolah-olah teruk sungguh saudara kita yang memakai pakaian murah. Sudah lupakah mak kau pakaian kamu semua dahulunya tiada harga kerana semua pemberian dari orang-orang yang disekelilingmu. Kau kata makanan itu tidak sedap makanan ini tidak enak. Sejujurnya aku tidak pernah berkira wang ringgit, tenaga, dan apa sahaja untuk berkongsi dengan keluarga kau. Itu semua kerana kasih sayang. Juga tidak tercapai akalku untuk mengungkit. Namun kadang-kadang kita harus juga menyebut demi untuk mengingatkan manusia yang sudah lupa asal usul seperti korang. 

Nampaknya kesenangan dan kemewahan telah membuat korang lalai dan alpa. Apabila sudah berada di atas jangan lupa untuk pandang ke bawah kerana setiap dari kita juga bermula dari bawah. Kesombongan dan keangkuhan itulah yang membawa kau jauh dari kami dan memisahkan kita. MasyaALLAH...

#Pedoman dan renungan bersama

17 Disember, 2009

Semoga Selamat Penghiburku


Kemana kamu menghilangkan diri. Sesungguhnya aku rindu kamu. Aku ingin selalu bercerita dengan kamu. sekarang tiada siapa yang dapat membantu aku. Cukup sekadar memberikan cadangan bernas. Aku akan hargai pendapat mahupun cadangan itu. aku buntu. masa terlalu singkat. Disaat ini baruku tahu siapa kawan, teman, rakan dan sahabat.

Kamu jangan salah faham. bukannya aku tidak menerima kenyataan yang hadir dalam hidup. Sekadar luah bicara dan ingin berteman. Pedihnya hati menahan rindu pada jenakamu yang selalu memecah tawa. Tidak mungkin masa akan kembali. Semua telah bersemadi sebagai kenangan abadi. Kamu bukan siapa-siapa. Bukan teman, kawan, rakan mahupun sahabat. Kekasih juga bukan. jadi, siapakah kamu? Kamu penghiburku dikala suka duka.

Disaat aku jatuh, kamu tetap ada membantuku untuk berdiri semula. Dikala kekecewaan menjerut rasa, kamu hadir membawa penawar dan kata-kata semangat. Apabila aku ketawa gembira, kamu hanya tersenyum lega. Ketika air mataku gugur, tidak akan kubiarkan kamu melihatnya. Malah untuk mengetahuinya juga tidak sama sekali. Kerana aku bimbang kamu akan jatuh simpati kepadaku. Aku ingin buktikan kepada kamu, aku seorang gadis yang kuat dan tabah. Lihatlah sekarang aku semakin kuat setelah kamu pergi.

Tidak dapat dinafikan di akhir-akhir waktu kamu ingin meninggalkanku dan disaat kamu telah meninggalkanku, aku menangis sepuasnya. Air mataku gugur menyembah bumi. Tidurlah aku dengan linangan air mata, lena..menghantar bayangmu pergi bersama mimpi.

Masa tidak akan berulang kembali. Aku masih ingat pesan terakhir kamu. Kamu berkata kepadaku "hidup kena terima kenyataan". Lalu kamu pergi. ketahuilah wahai penghiburku, hanya itu yang buat aku terus kuat menghadapi hari ini, esok dan seterusnya. Terima kasih yang tidak terhingga. Doaku sentiasa mengiringi kamu di sana.

17 Mei, 2009

Selamat Hari Ibu..

Wishing you the best
of health and cheer
On your very special day
And for all your LOVE
so warm and true
I will, always do
the same for you


Have a wonderful
MOTHER'S DAY