Kemana kamu menghilangkan diri. Sesungguhnya aku rindu kamu. Aku ingin selalu bercerita dengan kamu. sekarang tiada siapa yang dapat membantu aku. Cukup sekadar memberikan cadangan bernas. Aku akan hargai pendapat mahupun cadangan itu. aku buntu. masa terlalu singkat. Disaat ini baruku tahu siapa kawan, teman, rakan dan sahabat.
Kamu jangan salah faham. bukannya aku tidak menerima kenyataan yang hadir dalam hidup. Sekadar luah bicara dan ingin berteman. Pedihnya hati menahan rindu pada jenakamu yang selalu memecah tawa. Tidak mungkin masa akan kembali. Semua telah bersemadi sebagai kenangan abadi. Kamu bukan siapa-siapa. Bukan teman, kawan, rakan mahupun sahabat. Kekasih juga bukan. jadi, siapakah kamu? Kamu penghiburku dikala suka duka. Disaat aku jatuh, kamu tetap ada membantuku untuk berdiri semula. Dikala kekecewaan menjerut rasa, kamu hadir membawa penawar dan kata-kata semangat. Apabila aku ketawa gembira, kamu hanya tersenyum lega. Ketika air mataku gugur, tidak akan kubiarkan kamu melihatnya. Malah untuk mengetahuinya juga tidak sama sekali. Kerana aku bimbang kamu akan jatuh simpati kepadaku. Aku ingin buktikan kepada kamu, aku seorang gadis yang kuat dan tabah. Lihatlah sekarang aku semakin kuat setelah kamu pergi. Tidak dapat dinafikan di akhir-akhir waktu kamu ingin meninggalkanku dan disaat kamu telah meninggalkanku, aku menangis sepuasnya. Air mataku gugur menyembah bumi. Tidurlah aku dengan linangan air mata, lena..menghantar bayangmu pergi bersama mimpi. Masa tidak akan berulang kembali. Aku masih ingat pesan terakhir kamu. Kamu berkata kepadaku "hidup kena terima kenyataan". Lalu kamu pergi. ketahuilah wahai penghiburku, hanya itu yang buat aku terus kuat menghadapi hari ini, esok dan seterusnya. Terima kasih yang tidak terhingga. Doaku sentiasa mengiringi kamu di sana. |
17 Disember, 2009
Semoga Selamat Penghiburku
Langgan:
Ulasan (Atom)