18 September, 2013

Menanti lewat malam

Hai Mr Night..! aku masih kat sini. I'm still waiting for my dear's sms from London. Hati bimbang. Sepatutnya dah sampai ni. Dari tadi aku tahan ngatuk ni. Sambil-sambil buat assignment dan discuss dengan coursmate melalui laman sosial and whatsapp gituuu..haihh..!! 0_0 Sekarang ni da lebih dr waktu tidur aku. Nanti bila aku dah tertidur baru muncul berita dr dia. Nampaknya hp aku kena setting jam baru pulak lepas ni. Waktu London...huhu. Tak pelah lambat ke cepat, janji selamat sampai ^_^ cant wait for tomorrow..heeeee~

^M.O.O.N^

16 September, 2013

Pesanan Ringkas si dia

Semalam...

Bangun pagi terus capai hp disebelah bantal. Mesti ada mesej dari dia..hehe. "Saya jadi pegi esok. Doakan saya ye. Selamat malam ucuukk"...katanya. Errkk...jadi pegi juga rupanya..huhu. So...termenung sekejap fikir-fikir betul ke nak pegi? Kenapa tetiba rasa berat je hati ni bila dia kata nak pergi. haihh..keadaan kita sekarang ni pun da cukup jauh kot antara dua benua. Ini nak pergi lagi jauh. Masa ni lah rasa berat hati. Padahal masa die bagitau perancangan untuk ke UK semalam aku redha je. Malah memberi sokongan. Wahhh!! tak sangka semalam bagitau, esok dah nak berangkat. Dia memang suka merantau. Tak melekat kat Malaysia..huhu. Yang sebenarnya aku takut kalau dia makin jauh, dia akan lupakan aku..huuuuu~~ Tak pelah..redha je.  InsyaALLAH ada hikmah. Aku doakan yang baik-baik je untuk dia semoga ALLAH melindungi perjalanan dia sebagai musafir. I'm waiting for you to come home dear. ^M.O.O.N^





Esok..


08 September, 2013

Important Tomorrow~

Selamat menempuh hari yang paling penting dalam hidup ye Fiffy. Saya selalu doakan awak. Semoga awak berjaya. Usaha sungguh-sungguh. This is your future. Ini juga adalah impian awak dan harapan mama kan..?! jadi, jangan putus asa okey. hehe... Ketenangan adalah kemenangan yang pertama..! chaiyok2!! always pray for you dear. Love.

16 Februari, 2013

Kita dari bumi yang sama

Sedarlah wahai manusia andai hidup banyak termakan budi janganlah kau lupa diri. Mendabik dada atas kejayaan kau hari ini. Apa yang kau perolehi itu atas dasar cinta dan kasih. Kesusahan kau tidak pernah aku pertikai. Tidak pernah aku menghina kemiskinan kau. Malahan dengan rendah hati aku berkongsi segalanya bersama. Baju sekolah aku, aku bagi pada kau. Buku sekolah juga begitu. Pergi mengaji bersama, dikejar anjing dalam perjalanan juga bersama. Lari lintang pukang berbaju kurung sambil memeluk Al-Quran. Lariiiiii...hahah..lucu. Aku tidak pernah merasa geli atau jijik bermalam dirumah kau yang berlubang. Bawah rumah belakang rumah ade air longkang busuk. Bilik air diluar rumah tidak berbumbung. Entah kenapa kami selesa bermain-main dirumah kau. Apa yang aku makan, kau makan. Untung meniaga warung mama aku beri pada keluarga kau setiap hari. Kita membesar bersama mengharungi alam remaja yang sangat indah. Lari dari rumah aku, pergi rumah kau. Kau merajuk lari rumah aku. Nasib baik rumah kita dekat. 

Ukhuwah kita semakin erat. Masa pantas berlalu. Kita semakin dewasa. Masing-masing mengenal erti kehidupan sebenar. Seorang demi seorang antara kita melanjutkan pelajaran meninggalkan kampung halaman. Bergosip di kejauhan melalui facebook, sms dan panggilan telefon. Rindu. Begitulah seterusnya hingga ke alam pekerjaan. Kita membina kerjaya dan masa depan bersama. Hidup keluarga kau semakin baik. kakak abang termasuk kau penjawat awam. Ada yang dah menetap di Putrajaya. Lega kerana korang hidup senang sekarang. Ekonomi keluarga stabil. Kau pula bertuah kerana bertemu jodoh awal dari kami. Mendengar cerita cinta kau yang bermula bagai anjing dengan kucing. Akhirnya bersatu jua. Kami menemani kau..menanti hari bahagia tu. Khatam Quran bersama di dewan persandingan. Menanti berita gembira kau bakal menjadi ibu. Saat kau ingin melahirkan, aku bergegas ke hospital. Menemani kau hingga tiba waktu kau masuk ke bilik pembedahan. Alhamdulillah..baby perempuan. Kerana terlalu sayangkan baby tu, aku decide untuk menjaga sendiri baby tu apabila kau kembali bertugas. Kelahirannya membawa bahagia kepada semua orang termasuk keluarga aku. Tersenyum. 

Tapi tidak disangka-sangka bahagia itu cuma sekejap saja. Aku tidak tahu dimana silapnya dan apa puncanya kau dan adik beradik kau menghina mama aku dengan panggilan 'si lahanat dan upamakan seperti anjing'. Kamu semua memang hilang akal. Adik beradik kau yang membesar dan bersekolah dengan duit mama aku mengishtiharkan perang. Yang kau hina itu mama aku. Yang kau maki itu mak cik kau. Jika kau berada ditempat yang benar, datanglah jumpa mama aku. Tak perlu menghina di muka buku. Ya! aku tau kenapa kau buat macam tu. Kerana ingin satu dunia tahu betapa hinanya mama aku. Tapi sedarkah kau bahawa kau sudah tersilap langkah. Dalam diam keluarga besar kita mengutuk perbuatan keluarga kau. Mesti kau tak sangka mereka berada disebelah kami kan?! sepupu kita, anak saudara kita, mak cik kita semua ada muka buku. Mereka membaca dan menilai. Terserlah kebodohanmu di situ. Kau menuduh aku menjadi punca walhal aku tak tau apa yang berlaku. Kau adik beradik meroyan di muka buku.

Tak perlu bercakap panjang. Sekarang kau dah tau natijahnya kan?? kerana kami tidak bersalah. Kasihan. Kau dan keluarga kau hidup dengan rasa bersalah. Tapi tak pula meminta maaf. Malah kau masih menyimpan harapan agar mama aku datang melutut meminta maaf pada kau?! gila! Bukan ke sepatutnya yang muda datang kepada yang tua meminta maaf. Apa yang kau fikirkan sebenarnya..haha. Abang dan akak ipar kau datang pada keluarga aku meminta maaf sesungguhnya dan menyesal dengan apa yang berlaku. Tapi sayang, hati mama aku sudah berdarah. Keluarga aku sukar untuk memaafkan tindakan korang. Untuk melupakannya apatah lagi. Aku dan adik beradik aku tidak berbunyi langsung dan tidak juga membalas kata-kata kesat korang pada kami. Kami masih waras dan itulah yang membezakan kita.

Kini mak kau selalu mengatakan rasa kekok memakai pakaian murah. Tidak biasa memakai barangan harga puluhan ringgit. Seolah-olah teruk sungguh saudara kita yang memakai pakaian murah. Sudah lupakah mak kau pakaian kamu semua dahulunya tiada harga kerana semua pemberian dari orang-orang yang disekelilingmu. Kau kata makanan itu tidak sedap makanan ini tidak enak. Sejujurnya aku tidak pernah berkira wang ringgit, tenaga, dan apa sahaja untuk berkongsi dengan keluarga kau. Itu semua kerana kasih sayang. Juga tidak tercapai akalku untuk mengungkit. Namun kadang-kadang kita harus juga menyebut demi untuk mengingatkan manusia yang sudah lupa asal usul seperti korang. 

Nampaknya kesenangan dan kemewahan telah membuat korang lalai dan alpa. Apabila sudah berada di atas jangan lupa untuk pandang ke bawah kerana setiap dari kita juga bermula dari bawah. Kesombongan dan keangkuhan itulah yang membawa kau jauh dari kami dan memisahkan kita. MasyaALLAH...

#Pedoman dan renungan bersama