Alhamdulillah selesai suadah majlis perkahwinan angah dan pasangan. Segalanya berjalan lancar juga terkawal. Going smooth and perfect. Aku dilantik menjadi orang penting untuk memastikan semua lancar...haha. Actually takde yang penting sangat pun..tolong-tolong salam tetamu, sambut tetamu dan senyum2 pd tetamu, tu jekk...heheh. Menjadi salah seorang ahli keluarga ini memang best. Rasa dihargai ^_^ berbesar hati dapat membantu serba sedikit untuk buat persiapan wedding angah.
Siapa tahu majlis perkahwinan angah telah membawa kepada satu pertemuan keluarga yang telah berbelas tahun berpisah dan terpisah. Aku tak sangka akhirnya dapat bertemu dengan dengan ayah. Insan yang banyak memberi dia penderitaan, kesusahan dan insan ini juga telah membawa pergi bahagia yang pernah along miliki. Bagi along, ia agak janggal untuk menerima kembali keluarga itu apatah lagi ingin beramah mesra. Malah makin menambah sakit hati dan dendam..huhu. Pertemuan itu mungkin telah membawa luka pada along tapi tiada siapa tahu. mungkin aku juga tidak tahu. Dari riak wajahnya, dia terpaksa dalam rela. Bersabarlah sayang.
Mungkin ada hikmahnya pertemuan ini. Aku berharap agar hubungan ini dapat pulih semula. Walaupun sudah terlambat. Arwah mama telah pergi hampir 3 tahun. Dalam diam rupanya angah menjemput keluarga ayah untuk bertemu dengan along. Dah tentu along tak boleh elak..huhu. Akhirnya aku yang jadi mangsa berlari ke sana ke mari temankan along mengelakkan diri dari ayah. Keliling dewan aku pusing dan cari along..hahahaha..
Selepas maghrib semua urusan dewan pun selesai. Lega. Penat. Tapi seronok meraikan pengantin dan keluarga. Mama ayah datang. Abah and acik pun datang dengan anak2 abah. And the last but not least ayah dan mak uda pun datang. Drama sungguh. Semoga along kuat, tabah dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berubah satu hari nanti. Yang penting aku nak along bahagia dengan cinta hatinya. Along pernah cakap cinta hatinya telah menggantikan tempat mama setelah mama pergi untuk selamanya. Crying!